Tuesday, December 4, 2007

Kelahiran

Assalamualaikum,


Lamanya bersawang blog ni. Macam-macam hal berlaku terutama kecederaan kaki saya ketika hamil dan terkini, saya dah selamat melahirkan anak perempuan pada 30 Sept. lalu. Asmaa namanya. Dah berusia 2 bulan. Masa lahir beratnya cuma 2.8kg. Sekarang ni dah 5 kg, alhamdulillah.



InsyaAllah, saya akan masukkan resepi bila keadaan mengizinkan. Perkembangan semasa saya di : http://www.widaad98-2007.blogspot.com

Friday, June 22, 2007

Berkurung

Salam,

Lamanya saya berkurung ni...

Berkurung ada sebabnya...

Sebab utama saya mengalami alahan mengandung; tiada muntah2 teruk, tapi sakit kepala yang amat sangat dan kadangkala demam tiba2 ketika usia kandungan lbh krg 9 - 15 minggu yang lalu. Bukan itu sahaja, saya juga mengalami tekak pahit payau yang amat sangat waktu itu. Paling ketara, saya tak ada mood untuk berblogging. Itulah sebabnya blog ni dah berbulan2 tidak berupdated, kecuali blog satu lagi yang sesekali saya update. Itu pun ikut mood. Dan hari ini saya baru ada mood nak update blog ini.
Sekarang, usia kandungan telah masuk 6 bulan. InsyaAllah jangka due 12 Oktober nanti, saya fikirkan pada hari raya pertama, tp rupanya akhir ramadhan mengikut tarikh kalendar.
Hmm..bilalah nak masukkan resepi nasi ayam tu ????

Wednesday, January 24, 2007

Nasi ayam



Salam,


Gambar nasi ayam ni zaman tok kaduk dulu menangkapnya. Tapi asyik tertangguh aje nak masukkan. Resepinya kawan baik saya yang bagi. Memang sedap air tangan kawan saya tu. Tu yang saya minta resepinya. Gambar yg kat atas tu mmg saya masak pulak. Luluslah kat tekak famili saya. Tapi resepinya nanti ya.

Agar-agar milo


Asalamualaikum,

Salam ma'al Hijrah. Lamanya saya tak update blog ni. Sampailah Ila tegur saya kat blog lagi satu bila nak update blog ni :D. Sebenarnya nak update, tapi maleh..mana entah terbangnya si rajin tu, tinggalnya si malas. oklah, gambar kat atas tu ialah AGAR-AGAR MILO.

Simple aje resepinya:

1 bungkus agar2
1/2 tin susu cair
Gula secukup manis (ikut selera anda)
Air secukupnya
Beberapa sudu milo (lagi banyak sukatan, lagi pekat warna milo tu)
1 biji gula batu - jika perlu

Cara:

- Agar2 dimasukkan ke dalam periuk
-masukkan air, agak2 tenggelam agar2 tersebut
-jerang sampai agar2 tu cair kesemuanya
-lepas tu, masukkan susu cair, gula dan milo tersebut. Kalau anda suka, boleh letakkan sekali gula batu
-kacau biar sebati dan biarkan seketika
-nampak agak2 dah likat, boleh tutup api dan masukkan ke dalam acuan kesukaan.
-biarkan ia mengeras (kalau nak cepat, masukkan dlm fridge)


Tambahan-

- nak tau agar2 ni dah masak elok biasanya tgk pada belakang senduk, bila kita celup dan angkat senduk tu, cairan agar2 ni macm likat kat senduk tu. atau dinding dalam periuk tu nampak mcm cairan likat. Kalau mula2 belajar mmg susah nak agak, lama2 tu boleh agaklah.

-jika tutup api masa agar2 tu nampak cair, ia akan lambat mengeras dan bila ia dah dipotong, ia boleh jadi cair semula jika suasana keliling panas.

-kalau terlebih letak gula batu, agar2 akan terasa 'keras', tak lembut. tak sedap memakannya.

-anda juga boleh gantikan milo dgn nescafe. jadilah ia agar2 nescafe :D.

Tuesday, January 2, 2007

Kuih kacang hijau



Som Som

Ucapan

Assalamualaikum

Belum terlewat untuk saya ucapkan,


Salam Eidul Adha untuk semua

&

Selamat meneruskan kehidupan di tahun 2007 ini

Moga semua azam kita terlaksana.

Azam saya dalam bidang masakan ni, moga saya makin mahir memasak :D.