Showing posts with label karipap. Show all posts
Showing posts with label karipap. Show all posts

Sunday, December 10, 2006

Kulit Karipap

Assalamualaikum... Chef 2

Saya nak share 3 versi resepi kulit karipap yang saya telah cuba

Versi 1 ( Kak Hanieliza)

Bahan2

500 g tepung gandum + secubit garam
3/4 cawan minyak
1 1/2 cawan air panas

Cara

1. Gaulkan tepung dengan garam dalam mangkuk supaya rata dan buatkan lubang di tengahnya.
2. Masukkan minyak dan air panas. Gaulkan dengan senduk kayu .
3. Uli lagi sampai semua bahan rata dan kental.
4. Ambil sedikit adunan dan canai diatas papan pencanai.
5. Gunakan penggelek untuk meleperkan doh. Guna acuan bentuk bulat.
6. Letak agak agak bahan inti setengah sudu ditengah tengah doh yang sudah di potong bulat. 7.Kelipkan keliling seperti bentuk karipap.
8. Goreng dalam minyak panas. Angkat bila agak kekuningan.

Versi 2 (Kak NoorMasri)

Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum
2 sudu besar majerin
air untuk menguli (lebih kurang 1/4 cawan)
secubit garam masukkan kedlm air

Cara

Masukkan majerin ke dalam tepung.
Ramas tepung & majerin hingga rata.
Kemudian masukkan air yg di bubuh sedikit garam uli sehingga menjadi doh.
Jangan terlebih air utk mendapatkan kulit yg rapuh.

Tips:

Goreng karipap dgn api yg sederhana supaya kulitnya licin dan rangup


Versi 3 (Ibu mertua saya)

Bahan2:

1/2 kilo tepung gandum
1/2 cawan minyak campur margerin
Air sejuk/air peti ais secukupnya untuk mengulis
garam secukup rasa

Cara

Gaulkan tepung + garam
minyak & margerin dipanaskan sekali di atas api ( sukatan keduanya, terserah pada anda nak lebihkan yang mana satu atau sama sukatannya).biarkan suam dahulu
masukkan campuran minyak & margerin kedalam tepung.
gaul sebati dan masukkan air sejuk sedikit demi sedikit hingga boleh jadi doh.

nota:

resepi ibu mertua saya ni, saya kurangkan sukatannya

2 cawan tepung gandum
1/3 cawan minyak + margerin
ais sejuk & garam


Tips:

kalau terlalu sedikit air untuk semua resepi di atas, kulit karipap akan terasa liat setelah digoreng
kalau api terlalu panas, kulit karipap akan nampak menggerutu (kembung2 kecil)
kalau kulit karipap tebal, terasa liat untuk menggigitnya



p.s. gambarnya seperti biasa akan dimasukkan kemudian
p.s. nanti saya nak cuba karipap bakar...tunggu...





Friday, December 8, 2006

Inti karipap

IInti kentang + daging

salam BBQ 1 ,

Mudah aje resepi saya ni

Inti kentang

Bahan-bahannya:

1 biji bawang besar (potong kecil/dadu kecil/hiris nipis- ikut suka)
3-4 biji kentang
2-3 sudu rempah kari ayam /ikan
( saya guna jenama Adabi n prefer kari ayam)
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
air secukupnya untuk mengempukkan kentang

2-3 helai daun kari
(jika ada. sikit atau banyak helai tu ikut suka sebenarnya)
sedikit kiub pati ikan bilis (secubit dua atau lebih jika suka) - optional


Cara-caranya

1. panaskan minyak dan tumis bawang besar sampai kekuningan dan wangi
2. Masukkan rempah kari dan kiub ikan bilis (terserah samada terus masukkan dlm kuali atau bancuh dulu dgn sedikit air, kmdn baru masukkan dlm kuali)
3. Kacau rata dan biarkan seketika,
4. setelah itu masukkan pula kentang, kacau rata dan masukkan air (agak2 tenggelam kentang)
5. Sesekali kacau dan masukkan garam secukup rasa
6. Biarkan hingga air kering. Rasakan empuknya, kalau kurang empuk, tambah lagi air.
7. tutup api setelah air kering.
8. biarkan sejuk seketika sebelum dimasukkan ke dalam kulit karipap


Inti kentang + daging ayam/lembu

- sama saja bahan2 dan caranya, cuma tambah daging dipotong dadu / kecil2.
- tapi, setelah rempah dimasukkan masukkan dulu daging dan air . biarkan hingga separuh masak.
- kemudian masukkan kentang. kacau rata.
- tambah air jika perlu.
- dan prosedur seterusnya seperti di atas.

Nota:

- andai terlupa masukkan kiub ikan bilis tu di peringkat tumisan, boleh masukkan semasa kentang dimasukkan atau mana2 part sebelum api ditutup.
-kalau guna daging lembut, mungkin masa memasaknya lebih lama, tunggu ia empuk barulah masukkan kentang, takut masukkan awal, kentang akan hancur.