Sunday, December 10, 2006

Kulit Karipap

Assalamualaikum... Chef 2

Saya nak share 3 versi resepi kulit karipap yang saya telah cuba

Versi 1 ( Kak Hanieliza)

Bahan2

500 g tepung gandum + secubit garam
3/4 cawan minyak
1 1/2 cawan air panas

Cara

1. Gaulkan tepung dengan garam dalam mangkuk supaya rata dan buatkan lubang di tengahnya.
2. Masukkan minyak dan air panas. Gaulkan dengan senduk kayu .
3. Uli lagi sampai semua bahan rata dan kental.
4. Ambil sedikit adunan dan canai diatas papan pencanai.
5. Gunakan penggelek untuk meleperkan doh. Guna acuan bentuk bulat.
6. Letak agak agak bahan inti setengah sudu ditengah tengah doh yang sudah di potong bulat. 7.Kelipkan keliling seperti bentuk karipap.
8. Goreng dalam minyak panas. Angkat bila agak kekuningan.

Versi 2 (Kak NoorMasri)

Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum
2 sudu besar majerin
air untuk menguli (lebih kurang 1/4 cawan)
secubit garam masukkan kedlm air

Cara

Masukkan majerin ke dalam tepung.
Ramas tepung & majerin hingga rata.
Kemudian masukkan air yg di bubuh sedikit garam uli sehingga menjadi doh.
Jangan terlebih air utk mendapatkan kulit yg rapuh.

Tips:

Goreng karipap dgn api yg sederhana supaya kulitnya licin dan rangup


Versi 3 (Ibu mertua saya)

Bahan2:

1/2 kilo tepung gandum
1/2 cawan minyak campur margerin
Air sejuk/air peti ais secukupnya untuk mengulis
garam secukup rasa

Cara

Gaulkan tepung + garam
minyak & margerin dipanaskan sekali di atas api ( sukatan keduanya, terserah pada anda nak lebihkan yang mana satu atau sama sukatannya).biarkan suam dahulu
masukkan campuran minyak & margerin kedalam tepung.
gaul sebati dan masukkan air sejuk sedikit demi sedikit hingga boleh jadi doh.

nota:

resepi ibu mertua saya ni, saya kurangkan sukatannya

2 cawan tepung gandum
1/3 cawan minyak + margerin
ais sejuk & garam


Tips:

kalau terlalu sedikit air untuk semua resepi di atas, kulit karipap akan terasa liat setelah digoreng
kalau api terlalu panas, kulit karipap akan nampak menggerutu (kembung2 kecil)
kalau kulit karipap tebal, terasa liat untuk menggigitnya



p.s. gambarnya seperti biasa akan dimasukkan kemudian
p.s. nanti saya nak cuba karipap bakar...tunggu...





6 comments:

Anonymous said...

Sedap la

hasif said...

beri laluan


awas cicak tokek di sini

Nor Sunatis said...

so, resepi mana satu yang lebih sedap, rangup..

AlamHati said...

mn yg paling umppp?

yanie said...

salam kulit dia ranggup x?

norasikin said...

Syikin, apa kata awak cuba resepi karipap saya pulak.. :D
hehe promote diri sendiri. http://westernfood.yolasite.com