Thursday, December 7, 2006

Nangka+ ayam masak lemak cili api

Maaf, kualiti gambar kurang memuaskan

HelloAssalamualaikum

Masakan ni tak de tumis-tumis ya.

Bahan-bahannya:

Beberapa potongan kecil nangka muda - kalau suka , boleh letak lebih. rebus sampai empuk. Bila dipicit ia lembut.
1/2 ekor ayam - dipotong ikut suka
santan secukupnya ( 1 biji) - pekat atau sederhana pekat ikut kesukaan anda
10 biji cili api ( tahan pedas boleh lebih, biasanya 15-20 biji)
3 -5 cm kunyit hidup -(agak2lah, kalau terlebih takut kuah rasa maung, yg penting kuah nampak kuning)
1 btg serai - diketuk
garam secukup rasa

Cara-caranya:

1. tumbuk lumat kunyit dan cili api (nak cepat lumat, masukkan sedikit garam)

2. Satukan semua bahan2 di dalam periuk termasuk bahan tumbuk tadi dan jerang atas api.

3. Rasakan masinnya dan biarkan menggelegak. Nampak masak, boleh tutup api.

Nota:

- kena kacau sentiasa, kalau tidak akan pecah minyak dan kuah jadi berketul2.

-kalau warna kuah nampak pucat, bolehlah tambah sedikit serbuk kunyit

-kalau anda tidak mempunyai kunyit hidup, boleh juga menggunakan serbuk kunyit.

senangkan...














No comments: