Monday, December 4, 2006

Chocolate chips muffins

Salam

Bahan2nya:

180g all-purpose flour (tepung gandum)
195g superfine flour (tepung kek)
5 camca teh baking powder
1/2 camca teh garam
210g gula kastor
2 biji telur besar - dipukul ringan tak perlu sampai kembang
300ml susu
110g butter - dicair dan disejukkan
100g chocolate chips & digaulkan dengan 1/2 camca teh tepung gandum (utk elakkan ia tenggelam bila dimasukkan dlm adunan

Cara

-panaskan oven 200 darjah
-ayak dua2 tepung, baking powder dan garam di dalam satu bekas.
-kemudian masukkan gula ke dalam bekas tepung tersebut dan gaul sebati dengan menggunakan whisk (pemukul telur)
- dalam satu bekas yang lain, campurkan telur yg telah dipukul ringan, susu dan mentega cair. kacau sebati, tak perlu pukul.
- di dalam bekas tepung, lubangkan bahagian tengah bekas tersebut dan masukkan aduan cecair (telur dll tu) ke dalamnya. kacau rata hingga semua sebati. adunan ni mesti nampak "lumpy". jangan terlebih kacau.
-Masukkan adunan dalam bekas muffin
-kurangkan suhu oven pada 180 darjah dan masak pada suhu 25-30 darjah atau hingga ia naik dngn elok.


Nota:
- Suhu oven saya berbeza drp suhu oven di atas kerana jenis ketuhar tak sama.saya guna 180'C
- tempoh masakan muffin saya juga berbeza disebabkan ketuhar tersebut.Tray pertama hanya 20 minit dan tray seterusnya 17-15 minit.


Resepi ini drp fotopages MamaFami. Thanks mama sebab muffin ni mmg sedap.

No comments: