Saturday, December 2, 2006

KEK COKLAT KUKUS


Dalam kek yang nampak 'moist'/lempab


Salam,

2 malam lepas saya surf fotopages mereka yang mempunyai fotopages berkaitan masakan dan saya masuk ke fotopages Zakiah (klik sini) . Ternampak resepi kek coklat kukus yang sungguh simple bahan2nya dan kebetulan saya ada semua bahannya kecuali tepung gandum (dah abih)yang saya gunakan tepung kek.

Dan malam tadi, saya buat kek ni. Alhamdulillah, JADI!!! Spaz Terima kasih pada Zakiah yang share resepi ni dalam fotopagesnya. Bawah ni saya copy n paste resepinya daripada fotopages Zakiah. Gambar pula saya akan masukkan kemudian.Tunggu sifu tolong pindahkannya dlm pc hehe.

Bahan-Bahan:

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1cawan minyak masak
½ cawan susu manis

***Semua ni dimasak diatas api kecil hingga larut semuanya, kemudian, biarkan sejuk.

1 ¼ cawan tepung gandum
1tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate

***semua ni diayak

3 biji telur

Cara :

- 1. Telur dipukul kembang dan dicampur dng campuran koko tadi. (dlm 10 minit pukul telur)
2. Gaul rata dan campur bahan yang diayak sedikit demi sedikit.
3. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik.
4. Tutup acuan dngn aluminium foil agar tidak masuk wap.
5. Kukus selama 1 jam baru angkat dan sejuk kan .

***Telur kalau dipukul hingga bebetul kembang akan menyebabkan tekstur kek gebu.

Nota:

-saya menggunakan tepung superfine (tepung kek) , justeru saya tak tambah baking powder.
- saya tambahkan dua-tiga sudu gula lagi sebab semasa memasak adunan cecair tersebut, rasanya kurang manis kat tekak saya, jadi saya tambahlah.
-saya pukul telur dngn hand mixer hingga jadi putih dan tak sampai 10 minit pun. Saya mulakan dengan kelajuan 1 dan naik perlahan2 hingga ke kelajuan 5. Setelah nampak putih telur tersebut, saya stop.
-saya menggunakan sudip plastik /spatula untuk memasukkan adunan coklat ke dalam telur tadi.
- saya lenserkan dengan margerin pada bekas acuan
- oleh kerana pengukus saya kecil sahaja, saya bahagikan kek tu kepada dua acuan dan saya mengukus serentak di tingkat atas dan bawah
- kertas foil yang menutupi acuan hendaklah betul2 kejap supaya air wap yang menitis ke atas kertas tersebut tidak akan mendap ke bawah dan seterusnya boleh menyebabkan sedikit kecacatan pada rupa atas kek tersebut
-Pastikan air pengukus tu betul2 mendidih dan banyak supaya tidak menyukarkan kita nak menambah lagi air.





No comments: