Monday, December 4, 2006

Muffin

Isi muffin. Yang nampak hitam atas tu, coklat rice, tapi tak sesuai digunakan sebab ia jadi cair
(ini aje yg dpt ditangkap, yang lain selamat dimakan)


SmileyCentral.com Assalamualaikum

Saya nak share resepi muffin yang diberikan oleh seorang Mama Blogger kita, Ibu Vogue (IV) yang begitu mudah bahan2nya. Resepi ini saya tulis bulat2 seperti yang diberikannya.

Bahan-bahannya:

250g tepung naik sendiri
150g gula
150g susu segar / susu tepung anak pun boleh
(slps timbang saya masukkan dlm bekas ml, dpt 175 ml lbh kurang)
150g / 175 ml minyak sayuran / minyak masak
2 biji telur
perasa - terserah anda.kalau anda nak perasa oren, boleh parut dua biji kulit oren atau letaklah sedikit perasa oren, atau keladi,dll.

Cara-caranya:

- pukul telur dan gula sampai kembang
-masukkan susu, minyak dan tepung, kacau sebati
-letakkan perasa dan kacau sebati
- masukkan adunan ke dalam acuan muffin atau acuan kek kertas dan bakar selama 10-15 minit dngn suhu 150 darjah
.

Nota:

- semasa memulakan bancuhan mufin, bolehlah panaskan oven terlebih dahulu lebih kurang 10 minit
- saya guna gula kastor
- telur yg saya guna jenis besar
- susu tepung anak saya bancuh dengan air masak
- saya pukul telur + gula hingga kembang (berwarna putih)
-saya menggunakan hand mixer drp vol 1 dan beransur ke vol 5 dan perlahan2 menurunkan vol ikut turutan juga semasa memukul telur + gula
- kemudian, saya gunakan vol. 1 semasa memasukkan susu dan masukkan minyak dan putar sebati
- kemudian, saya masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dengan menggunakan pemukul telur, tanpa memukul sebaliknya mengacau perlahan. Tujuan guna pemukul telur tu untuk mengelakkan tepung berketul2. Jika guna sudip plastik tu, tepung mudah berketul2. Pastikan mengacau tepung ni tak melebihi 15 saat seperti saranan Diana.
- untuk hiasan, terserah pada anda.

- Saya menggunakan oven Pensonic, jadi saya gunakan suhu 160 - 170 darjah dan bakar selama 20 minit. (

- sila lihat manual oven anda utk memastikan suhu sesuai utk memasak kek/muffin.

Petua:

- saya pelajari dari IV, bila tray kedua dan seterusnya dimasukkan, tempoh memasak boleh dikurangkan sedikit sbb suhu dah sedia panas. tetapi bergantung juga pd oven anda.
- petua saya sendiri, jika anda guna acuan khas muffin tu, lenserkan sedikit dngn margerin / minyak
- jika anda guna acuan kertas kek yang jenis tak keras, sebaiknya letakkan acuan kertas tu dalam acuan khas muffin, ni utk mengelakkan kek kertas tu mengembang keterlaluan dan akibatnya muffin boleh melimpah keluar. tak perlu juga melenser acuan ni.
- ada satu lagi acuan kertas kek jenis keras, tak perlu lenser dgn minyak/margerin
-jika ingin memasukkan chocolate chips, pastikan ia digaul terlebih dahulu dngn sedikit tepung untuk mengelakkan chocolate chips ni tenggelam ke bawah.










2 comments:

Anonymous said...

Salam...Gud work...Nice Blog..Selamat merajinkan diri untuk memasak:)

Syikin said...

salam kembali..

terima kasih datang :D.