Monday, December 11, 2006

Kuih cucur udang


Assalamualaikum,

Ringkas aje bahan2 yang saya gunakan
Ni main agak2 aje sukatannya

Bahan2nya:

2 cwn tepung
sedikit soda bikarbonat
telur sebiji (jika suka) - dipukul sedikit
air secukupnya untuk membancuh
secubit dua serbuk kunyit (sbg pewarna)
garam secukup rasa
daun kucai hiris
segenggam taugeh (boleh lebih jika suka)
2-3 ekor udang - cincang/blender halus (jika suka)
udang secukupnya untuk diletakkan di tengah2 adunan semasa menggoreng
minyak secukupnya

Cara2nya

-Ayak tepung dengan soda bikarbonat
-Satukan tepung, serbuk kunyit, garam, udang yang diblender halus, telur, dan air secukupnya. kacau rata
- rasa sedikit masinnya cukup atau tidak.
-masukkan daun kucai dan taugeh ke dalam adunan. kacau sebati
- panaskan kuali berisi minyak yang banyak.
- rendamkan senduk yang hendak digunakan sebagai acuan ke dalam kuali tersebut.
-setelah minyak cukup panas, keluarkan senduk tersebut (hati2 dngn kepanasannya) dan masukkan sedikit adunan ke dalam senduk tersebut dan masukkan semula ke dalam minyak. letakkan saja senduk tersebut di dalam kuali.
-biarkan seketika supaya bahagian bawah kuih itu senang dikeluarkan daripada senduk tersebut.
- cuba goyang2kan senduk tersebut untuk mengeluarkan kuih berkenaan. Sebaiknya bila nampak bawah kuih tersebut telah kekuningan sedikit warnanya.
- jika kuih tersebut masih melekat, sila gunakan sudu untuk mengeluarkannya atau biarkan seketika.
- Setelah berjaya dikeluarkan, biarkan seketika dan terbalikkan permukaan atas ke bawah
- Angkat dan toskan kuih setelah ia nampak masak. Hati2 kerana kadang2 warna kuih telah kekuningan, tetapi isi dalamnya belum berapa masak. sebaiknya menggunakan api sederhana panas.

Nota:

jika hendak mudah, blenderkan semua bahan di atas kecuali sayuran dan udang untuk hiasan tengah, cuma pastikan tepung gandum tersebut tidak bergentel2.

jika tidak menggunakan blender, sebaiknya guna pemukul telur (whisk) semasa mengacau bahan2 di atas untuk mengelakkan tepung berketul2.

3 comments:

Cik Tat said...

saya masak lebih kurang camni gak, cuma lepas bancuh tepung (x termasuk udang), saya biarkan dlm sejam dua..
pastu time nak goreng, saya pakai sudip, so nipis la skit..

IBU said...

wahhhh syikin....bestnyer!! bilalah ibu nak pandai masak nih? Setakat berangan & beli buku resepi menimbun2. Buat agar2 pun tak gerenti jadi. emm... alahai. hopeless!!

p/s dengan serta merta ibu angkut blog ni jadi link to my page. hope u don't mind. kalau ibu pandai masak satu hari nanti (tahun hijrah ke berapa tu?), sebab baca resepi syikin lah tu... insyaAllah!!

Anonymous said...

Ringkas tapi tetap nampak sedap:)