Thursday, December 14, 2006

Homemade mee laksa

Acuan muruku




Assalamualaikum,



Ni nak share cara buat mee laksa. saya dah try 2 kali. Alhamdulillah, mmg senang membuatnya.


Di bawah adalah resepi asalnya

Bahan-bahan ( 2 org )

2 cwn tepung beras
2 cwn tepung gandum
Sdkt tepung ubi
Sdkt air panas
Sdkt air sejuk

Cara-cara

Tuangkan sdkt air panas ke dlm tpg gandum, tpg beras & tepung ubi. Gaul sebati

Kemudian campurkan air sejuk

Tekan adunan dlm periuk di atas api yg berisi air mendidih.Acuan yg saya gunakan ialah acuan maruku.

Bila dh terapung..maknanya dh msk le tu.Toskan..rendam dlm air sejuk.Toskan.Siap

Resepi daripada: http://www.myresipi.com/top/detail/130


Nota (cara saya):

- Saya ayak semua tepung ni terlebih dahulu

- Saya memasukkan air panas dan gaul sebati (dengan tangan pun boleh) pastikan ia meratai tepung. Kemudian masukkan air sejuk.
-Semasa menambah air sejuk, pastikan ia sedikit demi sedikit dan uli hingga boleh jadi doh yang lembut, pastikan doh tu tak melekat kat tapak tanganlah.
-masukkan doh ni ke dalam acuan muruku dan pusing pemutar acuan tu hingga keluar juraian doh tu ke dalam air yg sedang mendidih. Biarkan sehingga juraian2 mee ni timbul, angkat dan toskan. Masukkan pula ke dalam besen air sejuk seketika. angkat dan toskan.

-cuba buat guna separuh sukatan asal dulu, boleh gak makan untuk dua orang.

-cumanya sekarang ni, lepas siap tos tu, ia masih gak ada melekat2 sikit..agaknya time merebus tu nak kena masukkan sikit minyak utk elakkan ia melekat2 mcm merebus homemade mee kuning tu. yang ni saya tak try lagi. tak pe next time

Selamat mencuba
Lain orang lain citarasanya

4 comments:

Anonymous said...

syikin..kalau tak ada tepung ubi..saya nak tukar dengan tepung apa? n kat sini tarak acuan maruku... must try to find one bila dapat balik mesia one day..

Syikin said...

salam,

alahai simah, saya tak leh nak jawab soalan awak tu..kalau nak tau cepat, awak klik kat sumber resepi homemade laksa yg saya letakkan dlm entri ni, dan tanyalah kat situ, sbbnya saya tiru resepi ni drp sana.

ha, nampaknya awak kenalah org mesia poskan acuan muruku utk awak n tepung ubikayu sekali :D

Aji P said...

Syikin.jika nk bagi lekat laksa tu isteri aji campur je minyak masak dalam tepung dan gaul sebelum tuangkan air pananas yg mendidih.selepas tu tuang air sejuk.bila dah jadi doh dan masukan dlm acuan maruku putar terus dlm periuk stim. Tutop tutong periok stim 8 minit.bila mee laksa masak keluarkan dan masukan dlm bedin air sejuk supaya tidak melekat.

AMMIR said...

kalau buat laksa homemade ni agaknye boleh simpan tuk2-3hari tak mee die?... ingat nk buat mee awal awal simpan semalaman then baru guna utk hari seterusnye...boleh tak?tak basi?