Friday, December 29, 2006

Sago Gula Melaka

setelah disatukan

Sebelum disatukan


SAGO GULA MELAKA
200g biji sago
200g gula melaka
1 biji kelapa - ambil santan pekatnya
sedikit garam
1 helai daun pandan

Masak sago dengan air mendidih, masak sehingga jernih.
Setelah siap diangkat.. dan cuci sehingga hilang kanjinya.
Masukkan sago kedalam acuan yang diingini.

Santan pekat dimasak dengan sehelai daun pandan bersama sedikit garam.
Gula melaka di masak berasingan dengan sedikit air untuk mendapatkan sirap yang pekat.
Untuk menghidangkan, sago yang telah sejuk di letakkan kedalam mangkuk2 dessert dan dituangkan santan sejuk ketasnya.. diikuti dengan sirap gula melaka.
Hiaskan dengan buah-buahan yang anda gemari.
Enak di makan tatkala sejuk


Nota:
- kalau nak bagi sago tu ada sedikit rasa, masukkan sedikit garam semasa ia dididihkan
-nak bagi lagi umpph rasanya, satukan sago, santan, air gula lama sedikit sebelum dimakan, bagi santan meresap ke dalam sago. mmg sedap. Letakkan dalam peti sejuk seketika pun tak pe. tapi ikut citarasa sendirilah.

- saya tak letakkan buah2an. makan camtu aje. sedap dah.

4 comments:

Anonymous said...

Selamat Hari Raya AidilAdha & Selamat Tahun Baru 2007...

peace!

Kaklong Syikin said...

salam,

terima kasih krn datang ke sini.

selamat juga untuk anda :D

korban juga ke tahun ni?

ILA said...

terlompat saya ke sini dari BP punya blog...izinkan saya m'copy resepi ni ye kak Syikin.amat b'minat nak cuba m'buatnya.
SALAM AIDILADHA & SEL.MYAMBUT AMBANG 2007 YG BAKAL TIBA.
sweet dy dr saya:)

Kaklong Syikin said...

salam,

hehe..lucu perkataan terlompat tu

tak pe, silakan print. senang dibuat.

good luck.