Thursday, November 30, 2006

Asparagus goreng

Rupa asparagus mentah


udang tinggal cinonet sbb si kecik makan

Salam,


Selasa baru ni rasanya, seperti biasa saya membeli sayur2an n ikan daripada penjual sayur yang lalu depan rumah saya. Duk memilih sayur tu, ternampak secekak asparagus. Teringin nak mencuba sebab tak pernah masak dan camner rasanya. Kebetulan jiran sebelah pun keluar membeli barang sama, saya tergerak bertanya dia pernah tak memasak asparagus, dia pun berilah resepi seimbas lalu, tapi saya boleh bayangkan camner. Lebih pada style masakan orang kitalah.


Saya pun cuba memasaknya, rupanya asparagus ni ada rasa kekacang gak mcm kacang panjang, kacang buncis. Sedap.

Bahan2nya:

secekak asparagus
2 ulas bawang putih
1 atau 1/2 biji lada merah
beberapa ekor udang sederhana besar (udang kertas ke)
sedikit sos tiram
minyak untuk menumis
garam secukupnya
sedikit air - jika suka

Cara-cara:

- bahagian bawah batang asparagus yang keras dibuang. Bersihkan. Kalau suka boleh potong dua setiap batang tu (ni style sayalah)
-bawang putih diketuk atau cincang atau hiris nipis, ikut suka
-lada merah merah dihiris
-panaskan minyak untuk menumis (banyak atau sikit terserah anda)
-tumiskan serentak bwg putih, hirisan lada merah dan udang2 berkenaan, kacau sampai naik wangi
-setelah tu, masukkan sos tiram, kacau sikit
-masukkan pula asparagus, kacau rata supaya semua bahan sekata
-masukkan garam secukupnya.
-jika nampak tak berkuah, masukkan sedikit air.
- Kacau lagi hingga nampak asparagus tu masak. tutup api.

Nota:
-cara menumis bahan terserah anda sebenarnya. ikut style anda
-bahan2 menumis tu pula, anda boleh tambah kuantitinya ikut kesukaan anda dan boleh menambah bahan seperti bawang merah, jika anda suka. Kiranya bahan2 tumisan ni style masakan sayalah.
-saya tak letakkan air sebab kuantiti minyak yang saya gunakan membuatkan asparagus tu mcm berkuah dan tak kering.

Tuesday, November 28, 2006

Tips membuat muffin

Assalamualaikum,

Saya nak kongsi cara membuat muffin yang diambil daripada blog Diana. Sila klik sini

Senarai masakan di blog lama

salam...

Oklah, nak list down masakan2 yang telah saya share di blog lama;
http://masakansyikin.blogspot.com


1. Roti jala
2. Kobis goreng ala mamak
3. kuih kacang hijau
4. bubur durian
5. pengat labu
6. ikan masak taucu
7. labu kuning masak lemak cili api
8. kari ikan bawal
9. kacang panjang + udang masak lemak cili api
10. ikan keli goreng bercili
11. mee tomato
12. terung panjang masak lemak cili api
13. som som
14. singgang/ sup ikan kerisi
15. Ayam daun pandan
16. puding caramel
17. kuih cek mek molek
18. sos pencicah tauhu sumbat
19. pegedil daging
20. donut
21. puri
22. daun maman masak lemak cili api
23. lempeng pisang
24. roti jala (versi ii)
25. cendol
26. inti pau kacang merah

Monday, November 27, 2006

Sos timun bercili

Salam,

Saya tak tau nak kategorikannya sebagai salad atau sos, cuma terfikir namanya Sos TIMUN BERCILI. Ia cukup mudah disediakan jika anda malas nak buat acar untuk makan dengan nasi2 special yang sedia ni mcm nasi briyani, nasi bukhari.

Bahan-bahan:

1/4 batang timun
2-3 biji lada hijau
2 biji limau kasturi
air masak secukupnya
garam secukupnya

Cara-caranya:

Timun dan lada hijau dipotong dadu atau ikut suka.Yang penting untuk mudah diblender. Sebaiknya biji lada hijau itu dibuang.
Masukkan bahan2 potong, perahan limau kasturi, air masak secukupnya dan garam ke dalam blender.
Blender hingga hancur semuanya.
Pindahkan ke dalam mangkuk dan rasalah masinnya sesedap tekak.

Tambahan:

- sukatan bahan2 di atas menghasilkan semangkuk kecil sos. Boleh tambah lagi sukatan jika anda hendak buat banyak.
-Jika anda suka pedas, boleh tambah jumlah lada. Jika anda suka masam lebih, boleh tambah kuantiti limau tersebut.
-Sukatan air tu, sebaiknya suku aje dlm blender sebab timun tersebut mengeluarkan air. Kecuali kalau bahan2 tu tak boleh kisar sebab air sedikit, boleh tambah lagi.
-Jika air terbanyak dan hasilnya sos nampak terlalu berair, anda boleh tapis. Kemudian, air sos yang bertapis tu bolehlah ditambah sedikit demi sedikit ke dalam sos tadi. ikut kepekatan yang anda suka.

p.s. gambar akan dimasukkan kemudian.

Friday, November 24, 2006

Sup sayur kobis + kentang

Assalamualaikum,

Resepi ni mudah saja, terutama untuk mereka yang baru belajar memasak.

Bahan2nya :
(untuk seorang /dua)

Setengah biji kobis saiz kecil- hiris nipis atau ikut suka anda
2-3 ulas bawang kecil - hiris nipis
1 ulas bawang putih -pecahkan/hiris nipis
1/2 atau 1 biji lada merah - hiris nipis
beberapa ekor udang sederhana besar (lagi banyak lagi bagus sebab udang fresh manis rasanya)
sedikit kiub ikan bilis (secubit dua bolehlah, tapi kalau suka boleh letak lebih. Boleh juga ganti dengan kiub ayam).
1 - 2 biji kentang - potong ikut suka, kalau nak cepat empuk potong dadu kecil
garam secukup rasa
air secukupnya - agak2 tenggelam sayuran ni
sos tiram sedikit - jika suka


Cara-cara

1. tumis serentak bahan hiris , kiub ikan bilis, dan udang. biarkan sehingga naik bau.

2. Masukkan potongan kentang dan air. Biarkan sampai kentang empuk.

3. Masukkan sedikit sos tiram (boleh juga semasa awal menumis tadi) dan hirisan kobis tadi. Masukkan garam secukupnya ikut selera tekak anda.

4. Biarkan seketika hingga menggelegak semula (terserah anda jika suka kobis tu layu atau sedang2 layu) dan tutup api.

Tambahan:

semua bahan2 di atas anda boleh lebihkan atau kurangkan mengikut selera anda.

Nasi goreng berkicap

Salam,

Saya nak share nasi goreng berkicap resepi mak mertua saya. Mudah saja, tapi sedap, insyaAllah. Cumanya, gambar tak de pula. Lain kali ya.

Bahan-bahannya (agak-agak saja sukatannya) :

Nasi putih
sedikit perencah nasi goreng Adabi (jika ada jenama lain terserah)
beberapa ulas bawang merah
beberapa ulas bawang putih
sedikit ikan bilis
sedikit cili api (jika suka pedas)
sedikit lada merah
kicap secukupnya (saya guna kicap lemak manis cap Kipas Udang)
garam (jika perlu)
minyak untuk menumis

Cara-cara:

Tumbuk bawang merah, putih, cili api dan lada merah (boleh tumbuk asing bawang dan cili ikut suka)
Tumbuk hancur/kasar (mana yang anda suka) ikan bilis
Panaskan minyak
Tumis bahan2 tumbuk hingga naik bau dan kekuningan
Masukkan perencah nasi goreng. Kacau rata
Masukkan nasi putih. Gaul mesra
Masukkan pula kicap dan gaul rata.
Jika kurang rasa, tambah kicap atau garam (ikut suka anda). Tutup api.

Tambahan:

-Oleh kerana nasi ni berkicap, makanya ia akan berwarna coklat tua atau kehitaman. Lagi banyak kicap, lagi gelap warna nasi goreng ni. Ikut kesukaan anda.
- saya gunakan sedikit kiub ikan bilis sebagai ganti perencah nasi goreng (tak de stok masa tu).Sedap juga.
-jika anda guna kicap masin, tak perlu letak garam
- jika anda ingin masukkan sebiji telur, terserah, tapi mak mertua saya tak letak sebab nak elakkan bau hamis telur tu. Ini style dialah. Tanpa telur pun dah sedap, insyaAllah
- Nasi ni mmg lebih sedap kalau pedas2 sikit, tapi untuk anak2 makan, sebaiknya jangan pedas, takut tak tahan pula mereka, kecuali yg tahan pedas tu

Ikan kembung masak kicap

Salam,

Jangan gelak kalau saya masukkan resepi mudah ni ya. Ni khas untuk mereka yang betul2 baru nak belajar memasak.

Bahan-bahannya (untuk seorang/dua) :

2-3 ekor ikan kembung -dibersihkan, dilumur dengan garam dan serbuk kunyit
2-3 biji bawang kecil - dihiris nipis
1-2 biji bawang putih - pecahkan/hiris nipis
1 hirisan nipis halia (boleh letak banyak hirisan kalau suka) - optional
kicap lemak manis (saya guna cap kipas udang) - atau mana2 perasa kicap yang anda suka
1 biji cili merah - hiris nipis
sedikit air

Cara-caranya:

1. Goreng ikan kembung, jangan garing, takut nanti jadi keras bila berkuah nanti. Agak2 dah masak saja. Angkat dan toskan.

2. Tumis serentak semua bahan hiris, biarkan seketika atau naik bau.

3. Masukkan kicap. Ikut suka sukatannya.

4. Masukkan sedikit air jika suka.

5. Biarkan seketika atau kuah nampak sedikit pekat

6. Akhir sekali masukkan ikan, kacau seketika biar kuah dan ikan2 tersebut mesra digaulkan. Kemudian tutup api.

Tambahan:

- Tak perlu menggunakan garam sebab kicap tu dah terasa garamnya. Ikut kesukaan anda

- kalau guna kicap masin, bolehlah tambah secubit dua gula jika suka.

- saya suka menambah sedikit air ke dalam kuah kicap tu untuk mencairkan sedikit kuahnya. kalau guna kicap semata, ia akan jadi terlalu pekat pada saya.

Thursday, November 16, 2006

TEPUNG PRAWN FRITTERS

Salam,

saya dah cuba resepi ni. Amik kat blog kak Rossya. Memang sedap, wlwpun bahan yang saya guna tak cukup sbenarnya. Masa tu tak de hirisan daun dan serbuk roti..tapi still sedap. Cubalah.

1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan tepung beras
1 sudu makan tepung jagung
sedikit garam
serbuk lada putih
1 biji telur
hirisan daun parsley atau corriander
Air sejuk secukupnya
1/2 cawan serbuk roti (bread crumbs)

Bancuh semua bahan dan celupkan udang lalu digoreng garing.

Wednesday, November 15, 2006

Apam Harum Manis


Salam,

Saya telah mencuba apam Harum Manis yang saya ambil resepinya drp fotopages kak Rossya (sila klik sini)


Bahan-bahannya:

300g gula melaka
350ml air
4 biji telur
200g gula pasir
1 sudu teh esen vanilla

bahan2 diayak bersama:

350g tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh bicarbonate of soda
1/4 sudu teh garam
50g mentega dicairkan

8-9 biji pisang raja/ berangan atau Del Monte

Cara-cara:

Masak gula melaka dengan air hingga larut. Tapis dan sejukkan.
Pukul telur, esen vanilla dan gula hingga naik.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dengan menggunakan spatula dan kacau rata.
Kemudian masukkan mentega cair serta sirap gula melaka dan kacau hingga sebati.
Sapukan acuan-acuan kecil dengan mentega.
Tuangkan sedikit adunan kedalam acuan.
Isikan separuh penuh sahja kedalam acuan.
Lalu letakkan hirisan pisang keatas adunan.
Kukus kesemua adunan itu selama 15-20 minit.
Sejukkan dahulu sebelum keluarkan dari acuan.

Nota:

-Pertama kali membuatnya, saya gunakan sukatan separuh daripada sukatan asal
-saya gunakan acuan kuih puteri ayu dan dapat lebih kurang 36 biji
-saya tak letakkan hirisan pisang (sila klik sini untuk melihat hasilnya apabila hirisan pisang diletakkan bersama seperti yang kak Rossya buat)

p.s. Gambar apam yang saya buat pula akan dimasukkan kemudian, belum dipindahkan lagi ke pc ni.

Tuesday, November 14, 2006

Asam pedas ikan tenggiri


Sambal Sotong kembang

Bahan-bahannya:

1 ekor sotong kembang (besar atau kecil)
1 biji bawang besar - utk menumis
1 biji bawang besar – potong kasar atau nipis sbg hiasan
2-3 ulas bawang putih
1 senduk kecil cili boh
sedikit belacan (jika suka)
sedikit air asam jawa
garam secukup rasa
sedikit gula (jika suka)
sedikit air
minyak untuk menumis


Cara2:
-potong sotong tersebut ikut saiz kesukaan anda
-bawang besar + bawang putih – blender kering / tumbuk ( lumat atau kasar ikut suka)
-tumis bahan tumbuk/kisar hingga kekuningan & naik bau
-masukkan cili boh, biarkan hingga pecah minyak atau nampak betul masak
-masukkan sotong dan sedikit air. Kacau dan biarkan seketika
-masukkan sedikit air asam jawa. Biarkan seketika
-masukkan garam secukup rasa dan gula
-masukkan hirisan bawang besar. Kacau dan biarkan
-Tutup api bila bawang dah nampak layu.

Tambahan:

Bilangan bawang besar, bwg putih dan berapa senduk cili boh adalah bergantung pada banyaknya sotong tersebut sebenarnya.

Jika anda suka pedas, banyakkan cili boh tersebut

Jika anda nampak kuah sambal tu kering sangat boleh tambah sedikit air panas supaya ia berkuah semula. Ikut cita rasa anda.

Saya suka hirisan bawang besar dimasak hingga layu atau lembut untuk mengelakkan rasa maung.kuah sambal.

PARU GORENG

Bahan-bahannya:

Paru – timbangan ikut suka anda
Serbuk kunyit*
Garam*
Serbuk ketumbar*
Lada sulah*
Sos tiram*
Bawang besar – ikut suka berapa biji
Cili besar atau cili kering - ikut suka berapa biji

Cara

Paru direbus sampai empuk atau kecut separuh daripada saiz asal
toskan dan biar sejuk
hiris nipis-nipis ikut suka
Gaulkan hirisan-hirisan paru tersebut dengan bahan2 bertanda *
Bawang besar dan cili besar / cili kering dihiris nipis atas kasar ikut kesukaan anda.
Gaulkan hirisan bawang besar , cili kering dan hirisan2 paru tersebut.
biarkan seketika supaya mesra bahan2 tersebut sebelum digoreng.
Goreng hingga masak ( terserah jika anda suka garing atau sebaliknya)

Tambahan:

Untuk bahan2 bertanda *, saya biasanya meletakkan sedikit pada tapak tangan saya kemudian gaul mesra, kalau rasa tak meratai semua hirisan paru tersebut, tambah lagi sedikit. Kiranya ini main agak2lah. Tapi, semasa menggaul bahan2 tersebut, saya buat satu persatu, seperti saya gaul dulu paru dngn garam, kemudian dengan serbuk ketumbar dan seterusnya. Ini terserahlah pada stail anda camner, yang penting semua bahan ni sekata pada hirisan2 paru tersebut.kalau anda suka salah satu bahan itu lebih rasanya, terserahlah pada anda.

Kalau anda suka hirisan bawang n cili itu dimasukkan kemudian semasa menggoreng (bila nampak paru hampir masak) pun tak mengapa. Ikut citarasa anda.

Sebelum paru ni digoreng, saya suka meletakkan ia di dalam peti ais seketika utk mengekalkan kesegaran dan mengelakkan berbau jika lambat digoreng.

Monday, November 13, 2006

Ikan tenggiri masak lemak cili api



Assalamualaikum,

Seperti yang dijanjikan, saya ingin berkongsi dengan anda resepi ikan tenggiri masak lemak cili api style mak saya. Oh ya, masak lemak cili api ni style negeri sembilan, tak de tumis2. Mudah disediakan.


Bahan2.

beberapa ketul ikan tenggiri
5-10 biji cili api
kunyit hidup
1 biji bawang kecil - hiris nipis
1 keping asam keping (gelugur) -
1 - 2 biji lada hijau dibelah dua
1 biji tomato - belah 2 atau 4 ikut suka
santan kelapa secukupnya (sebaiknya dpt menenggelamkan ikan2 tersebut)
garam secukupnya

Cara-caranya:

1. cili api + kunyit ditumbuk lumat. Nak cepat lumat, tambah sedikit garam.

2. Satukan semua bahan dalam periuk kecuali tomato dan garam

3. Jerang periuk atas api

4. Biarkan hingga ia menggelegak dan masukkan belahan tomato dan garam secukup rasa. Tapi kalau letakkan garam dulu pun tak pe sebelum tomato. Rasalah masin kuah tersebut ikut selera tekak anda

5. Pastikan ikan masak sebelum api ditutup dan tomato nampak lembut..tapi terserah pada kesukaan anda. Kalau tak suka tomato lembut, biarkan sekejap saja dalam periuk sebelum ditutup api tersebut.


Tambahan:

- saya suka guna santan pekat sahaja tanpa perlu santan cair. nak senang, agak2lah camner pekatnya ikut citarasa anda. pada saya, lebih pekat kuah, lebih umpph..sebab kat situlah terasa lemaknya kuah tersebut.

- kunyit hidup tu pula, saiznya cukup2 untuk menguningkan kuah (biasanya kunyit agak tua sedikit yang digunakan) atau lihat banyak mana cili api tu digunakan. kalau terlebih kunyit, kuah akan terasa maung. Kalau anda dapati warna kuning kuah tu pucat aje, bolehlah tambah sedikit serbuk kunyit, itupun jika suka

-lada hijau boleh diganti dengan lada merah ( saya lebih suka guna lada hijau)

-besar atau kecil asam keping tu bergantung pada kuantiti ikan tenggiri tersebut dan kuantiti belahan tomato. Tetapi jika anda tak suka letak belahan tomato, terserah.

- kalau asam keping terlalu banyak atau besar sangat dan belahan tomato terlalu banyak, kuah akan terasa masam sedikit. Kiranya kena pandai agaklah ni :D

Puding roti (i)




Dah tinggal setengah loyang baru teringat nak tangkap gambor. Boleh gitu?





Salam,

Resepi puding roti ni saya cuba daripada Kak Hanieliza (klik sini). Rasanya sedap. Kena ngan tekak saya anak beranak.




Bahan-bahannya:



A:

500 ml susu segar/fresh milk

8 keping roti (gardenia/high 5)



B:

4 sudu besar gula halus

2 sudu besar butter

2 biji telur ayam

1 sudu teh esen vanilla

1 sudu besar tepung jagung



C:

2 sudu besar kismis hitam



Sos Kastad


1 tin susu cair

2 s/b tepungkastad

2 s/b gula



CARA:


1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam

2. Kacau dan gaul rata bahan B.

3. Masukkan kismis dan tuangkan kedalam loyang.

4. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak.

5. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.

6. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.



Nota:



- saya gantikan dengan susu cair sebab susu2 di atas tiada dalam stok :D

- kalau guna kepingan2 tepi roti tu pun tak pe

-Sos saya tak buat sebab tak cukup bahan, tapi..makan macam tu aje sedap dah pada saya.

-saya sapukan sedikit margarin pada loyang yang digunakan supaya senang tanggal.-Boleh juga kalau anda suka lebihkan kismisnya..tapi jangan sampai terbanyak sebab puding tu akan rasa manis-manis masam.


Sup kambing




Harap maaf, gambar kurang memuaskan.
Resepinya akan dimasukkan kemudian ya...




SmileyCentral.com Salam...

Ni baru nak masukkan resepinya (2 Dis. 2006)

Bahan2nya:

450g daging kambing - dipotong2 kecil
2 cteh serbuk lada putih
4 cbsr serbuk ketumbar
1 btg lada hijau - belah dua
garam secukup rasa

Giling/blender halus

2 kpg halia - setebal 1 cm / 1/2 inc
3-4 ulas bwg putih
2 cteh kas kas
1 cteh jintan manis
4-5 cbsr minyak

Bahan tumis:

1 btg kulit kayu manis
3-4 kuntum bunga cengkih
2-3 biji buah pelaga
1 biji bwg besar (saiz sederhana)- hiris nipis
7-8 cwn air

Hiasan

4-5 btg daun bawang - hiris kasar
8-10 biji bawang merah - hiris nipis n goreng garing (jd bawang goreng)

Cara:

- gaul daging bersama bahan perencah halus, serbuk lada putih, ketumbar, lada hijau, dan garam ke dalam sebuah mangkuk
-pijarkan minyak, kemudian masukkan perencah menumis dan kacau hingga wangi
-campurkan pula daging
-masak 5-8 minit
-tuangkan air dan masak hingga mendidih dan daging itu empuk
-hiaskan dengan bawang goreng dan daun bawang. Dimakan bersama roti perancis atau roti bakar

nota:

- mmg sedap, kena dgn tekak sayalah. saya makan ngan nasi gak.
- saya pernah cuba guna daging lembu, tapi tak sesedap dgn daging kambing ni.
- cuba guna sukatan setengah drp sukatan asal ni jika anda baru mencubanya, takut tak kena dgn tekak anda, tak delah rugikan.
-untuk bawang goreng tu, sebaik saja saya habis menggorengnya, saya angkat dan terus masukkan ke dalam periuk sup yang baru selesai dimasak..naik bau wanginya. Ini cara sayalah.

Selamat mencuba SmileyCentral.com

Rendang kerang


Anak-anak



Gambar tahun 2004. Alia Khairiyyah berusia seminggu masa ni. Aiman Fathi (berbaju kuning) 4 tahun, Husna Fathiyyah (berbaju pink) 5 tahun dan Huda Nasriyyah (berbaju putih) berusia 1 tahun lebih.

Testing...testing

Assalamualaikum...

testing..testing..