Thursday, December 14, 2006

Doh Pau (versi 1)

Pau inti seri kaya

Salam,

Ni nak share resepi doh pau yang telah saya cuba buat ( ada 2 resepi versi lain juga);

Bahan2nya

20 g yis segar
2 camB air suam
1 camt gula pasir halus
500 g tepung Hong Kong/pau
4 camt serbuk penaik 'double action'
1/2 camt garam

Bahan A
250 ml air suam } dicampur
5 camB gula pasir }

2 camb minyak jagung

Cara-caranya:

Hancur yis dan gula di dalam 2 camB air suam.
Taburkan sedikit tepung di atasnya kemudian biar 15 minit atau hingga berbuih.
Ayak tepung, serbuk penaik dan garam ke dalam mangkuk, masukkan campuran yis, kacau. Bubuh campuran A dan minyak, uli menjadi doh yg lembut dan kenyal.
Tutup dengan tuala bersih, biar 1-1 1/2 jam atau hingga naik 2 kali ganda.
Uli semula atas papan yg ditaburi sedikit tepung.
Bahagikan doh pau, isi inti dan biar naik selama 15 minit baru
dikukus hingga masak.

Nota oleh chef ni:

Gantikan 10 g yis segera dengan 20 g yis segar.

Jika campuran yis tidak berbuih, gunakan yis yg lain.

sumber resepi: http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/N_masakan2/N_masakan2.htm oleh Puan Norzailina Nordin (Penulis novel terkenal dan chef celebriti)

Nota saya:

- saya gunakan separuh sukatan asal

-saya guna tepung gandum biasa

-saya guna baking powder biasa tu

-saya guna minyak masak biasa sbb tak suka minyak jagung

- alaskan pau dengan kertas minyak (tracing paper tu) atau daun pisang

- cuba kukus dlm sepuluh minit. kalau nampak tak kembang lagi, boleh tambah sedikit masa lagi. kalau nampak elok naik, bolehlah keluarkan

-pastikan air kukusan elok mendidih

-kalau terlama mengukus, air penutup akan jatuh ke atas pau

- kalau dah sejuk n rasa keras, kukus semula

Inti:

1. Inti kaya:

http://masakansyikin2.blogspot.com/search/label/inti%20kuih%20%2F%20pau

2. Inti kacang merah:

http://masakansyikin.blogspot.com/2006/11/inti-pau-kacang-merah.html

2 comments:

Ajzie said...

syikin ngape pau nya tak bulat??

Syikin said...

salam,

kak Ajzie: hehe.sebab saya tak jadikan ia bulat. akak buat style camner ya..