Sago Gula Melaka
Sebelum disatukan
- saya tak letakkan buah2an. makan camtu aje. sedap dah.
Saya bukan pakar masakan, tetapi saya suka belajar memasak. Saya juga suka berkongsi resepi masakan yang saya tahu dengan anda. Jom kita memasak...
Ditulis oleh Syikin pada 12/29/2006 10:35:00 AM 4 komen
Labels: pencuci mulut
Ditulis oleh Syikin pada 12/29/2006 09:56:00 AM 0 komen
Labels: pegedil
Ditulis oleh Syikin pada 12/29/2006 09:19:00 AM 0 komen
Labels: nugget
Assalamualaikum,
Kali ni saya nak share resepi buat doh pau menggunakan resepi MamaFami. Saya copy n paste aje resepinya ya. Malas nak translate hehe. Kali ni tak de gambar sebab hasilnya sama dengan pau yang saya buat ari tu.
Ingredients :
500g flour
1 1/2 teaspoons instant dry yeast
1/2 cup sugar 1/4 cup corn oil
1 1/4 cups lukewarm water
Method :
1. Dilute sugar in the water.
2. In a mixing bowl, add flour, yeast and oil. Mix well.
3. Pour in water, bit by bit while kneading. Knead till a soft dough is formed.
4. Divide dough into 60g balls. Leave to rest for 10 minutes.
5. Roll flat and put the filling in the middle. Cover the filling with the dough and place the ball on a piece of small paper or on a small piece of banana leaf.
6. Arrange the balls on the steamer and cover the steamer with a clean plastic bag and leave to rise for 35 to 40 minutes or till it double it's size.
7. Steam for 15 minutes on high heat.
8. After steaming, do not open the lid for 10 minutes.
Filling can be of your choice. For example, red bean filling, coconut filling or even savory filling (karipap filling). For red bean filling, just boil red beans till soft, add sugar to taste, a bit of oil (to give it a shiny look). If too runny, add a bit of flour.
Tambahan:
Untuk inti, saya guna inti kaya segera yang dijual di pasaraya.
Ditulis oleh Syikin pada 12/22/2006 05:01:00 PM 0 komen
Labels: Pau
Ditulis oleh Syikin pada 12/20/2006 04:52:00 PM 8 komen
Labels: Masakan rebus
Ditulis oleh Syikin pada 12/20/2006 12:07:00 AM 0 komen
Labels: Puding
Salam,
Resepi saya ni simple aje
Sukatannya agak2 aje
- satu mangkuk brokoli - 1/2 mangkuk daging
- 3-4 biji bawang kecil - 2-3 biji bawang putih
- 1 biji lada merah - sedikit sos tiram
- garam secukup rasa - minyak untuk menumis
Cara memasak:
- tumis hirisan bwg kecil dan bawang putih sampai kekuningan
- masukkan daging dan sos tiram. kacau rata. biarkan hingga ia empuk.
- setelah daging empuk, masukkan brokoli. kacau rata
-masukkan garam dan kacau seketika. Rasakan masinnya sesedap tekak anda
-tutup api bila brokoli nampak elok masaknya.
Nota:
- potong brokoli ikut kesukaan anda
- blh gantikan daging dgn udang atau ayam. Kami sekeluarga lebih suka daging.
- saya hiris nipis daging supaya cepat empuk
-saya mengunakan minyak yg kuantitinya bersesuaian untuk menumis daging kerana saya tidak menambah air untuk mengempukkan daging mentah tersebut. Kacau sesekali semasa menumis daging tersebut untuk mengelakkannya hangit.
- terserah jika anda suka memasukkan sedikit air untuk segera mengempukkan daging tersebut atau merebusnya terlebih dahulu. tetapi, daging yg digoreng tanpa dimasukkan air, lebih terasa sedapnya pada sayalah.
- saya tak goreng sayur terlalu lama utk mengelakkan layu brokoli tersebut.
-Saya juga tidak menambah air semasa brokoli ini dikacau rata.
- pendek kata, terserah anda cara memasaknya
Lain tekak lain citarasanya
Ditulis oleh Syikin pada 12/19/2006 11:34:00 PM 0 komen
Labels: Sayur goreng
Ditulis oleh Syikin pada 12/14/2006 04:23:00 PM 3 komen
Labels: inti kuih / pau, Pau
Salam,
Resepinya dalam blog masakan saya yang lama:
http://masakansyikin.blogspot.com/2006/09/lempeng-pisang.html
Ditulis oleh Syikin pada 12/14/2006 03:57:00 PM 0 komen
Labels: Lempeng
Nota oleh chef ni:
Gantikan 10 g yis segera dengan 20 g yis segar.
Jika campuran yis tidak berbuih, gunakan yis yg lain.
sumber resepi: http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/N_masakan2/N_masakan2.htm oleh Puan Norzailina Nordin (Penulis novel terkenal dan chef celebriti)
Nota saya:
- saya gunakan separuh sukatan asal
-saya guna tepung gandum biasa
-saya guna baking powder biasa tu
-saya guna minyak masak biasa sbb tak suka minyak jagung
- alaskan pau dengan kertas minyak (tracing paper tu) atau daun pisang
- cuba kukus dlm sepuluh minit. kalau nampak tak kembang lagi, boleh tambah sedikit masa lagi. kalau nampak elok naik, bolehlah keluarkan
-pastikan air kukusan elok mendidih
-kalau terlama mengukus, air penutup akan jatuh ke atas pau
- kalau dah sejuk n rasa keras, kukus semula
Inti:
1. Inti kaya:
http://masakansyikin2.blogspot.com/search/label/inti%20kuih%20%2F%20pau
2. Inti kacang merah:
http://masakansyikin.blogspot.com/2006/11/inti-pau-kacang-merah.html
Ditulis oleh Syikin pada 12/14/2006 02:53:00 PM 2 komen
Ditulis oleh Syikin pada 12/14/2006 01:37:00 PM 4 komen
Assalamualaikum,
Ringkas aje bahan2 yang saya gunakan
Ni main agak2 aje sukatannya
Bahan2nya:
2 cwn tepung
sedikit soda bikarbonat
telur sebiji (jika suka) - dipukul sedikit
air secukupnya untuk membancuh
secubit dua serbuk kunyit (sbg pewarna)
garam secukup rasa
daun kucai hiris
segenggam taugeh (boleh lebih jika suka)
2-3 ekor udang - cincang/blender halus (jika suka)
udang secukupnya untuk diletakkan di tengah2 adunan semasa menggoreng
minyak secukupnya
Cara2nya
-Ayak tepung dengan soda bikarbonat
-Satukan tepung, serbuk kunyit, garam, udang yang diblender halus, telur, dan air secukupnya. kacau rata
- rasa sedikit masinnya cukup atau tidak.
-masukkan daun kucai dan taugeh ke dalam adunan. kacau sebati
- panaskan kuali berisi minyak yang banyak.
- rendamkan senduk yang hendak digunakan sebagai acuan ke dalam kuali tersebut.
-setelah minyak cukup panas, keluarkan senduk tersebut (hati2 dngn kepanasannya) dan masukkan sedikit adunan ke dalam senduk tersebut dan masukkan semula ke dalam minyak. letakkan saja senduk tersebut di dalam kuali.
-biarkan seketika supaya bahagian bawah kuih itu senang dikeluarkan daripada senduk tersebut.
- cuba goyang2kan senduk tersebut untuk mengeluarkan kuih berkenaan. Sebaiknya bila nampak bawah kuih tersebut telah kekuningan sedikit warnanya.
- jika kuih tersebut masih melekat, sila gunakan sudu untuk mengeluarkannya atau biarkan seketika.
- Setelah berjaya dikeluarkan, biarkan seketika dan terbalikkan permukaan atas ke bawah
- Angkat dan toskan kuih setelah ia nampak masak. Hati2 kerana kadang2 warna kuih telah kekuningan, tetapi isi dalamnya belum berapa masak. sebaiknya menggunakan api sederhana panas.
Nota:
jika hendak mudah, blenderkan semua bahan di atas kecuali sayuran dan udang untuk hiasan tengah, cuma pastikan tepung gandum tersebut tidak bergentel2.
jika tidak menggunakan blender, sebaiknya guna pemukul telur (whisk) semasa mengacau bahan2 di atas untuk mengelakkan tepung berketul2.
Ditulis oleh Syikin pada 12/11/2006 11:09:00 PM 3 komen
Labels: kuih
Assalamualaikum...
Saya nak share 3 versi resepi kulit karipap yang saya telah cuba
Versi 1 ( Kak Hanieliza)
Bahan2
500 g tepung gandum + secubit garam
3/4 cawan minyak
1 1/2 cawan air panas
Cara
1. Gaulkan tepung dengan garam dalam mangkuk supaya rata dan buatkan lubang di tengahnya.
2. Masukkan minyak dan air panas. Gaulkan dengan senduk kayu .
3. Uli lagi sampai semua bahan rata dan kental.
4. Ambil sedikit adunan dan canai diatas papan pencanai.
5. Gunakan penggelek untuk meleperkan doh. Guna acuan bentuk bulat.
6. Letak agak agak bahan inti setengah sudu ditengah tengah doh yang sudah di potong bulat. 7.Kelipkan keliling seperti bentuk karipap.
8. Goreng dalam minyak panas. Angkat bila agak kekuningan.
Versi 2 (Kak NoorMasri)
Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar majerin
air untuk menguli (lebih kurang 1/4 cawan)
secubit garam masukkan kedlm air
Cara
Masukkan majerin ke dalam tepung.
Ramas tepung & majerin hingga rata.
Kemudian masukkan air yg di bubuh sedikit garam uli sehingga menjadi doh.
Jangan terlebih air utk mendapatkan kulit yg rapuh.
Tips:
Goreng karipap dgn api yg sederhana supaya kulitnya licin dan rangup
Versi 3 (Ibu mertua saya)
Bahan2:
1/2 kilo tepung gandum
1/2 cawan minyak campur margerin
Air sejuk/air peti ais secukupnya untuk mengulis
garam secukup rasa
Cara
Gaulkan tepung + garam
minyak & margerin dipanaskan sekali di atas api ( sukatan keduanya, terserah pada anda nak lebihkan yang mana satu atau sama sukatannya).biarkan suam dahulu
masukkan campuran minyak & margerin kedalam tepung.
gaul sebati dan masukkan air sejuk sedikit demi sedikit hingga boleh jadi doh.
nota:
resepi ibu mertua saya ni, saya kurangkan sukatannya
2 cawan tepung gandum
1/3 cawan minyak + margerin
ais sejuk & garam
Tips:
kalau terlalu sedikit air untuk semua resepi di atas, kulit karipap akan terasa liat setelah digoreng
kalau api terlalu panas, kulit karipap akan nampak menggerutu (kembung2 kecil)
kalau kulit karipap tebal, terasa liat untuk menggigitnya
p.s. gambarnya seperti biasa akan dimasukkan kemudian
p.s. nanti saya nak cuba karipap bakar...tunggu...
Ditulis oleh Syikin pada 12/10/2006 11:08:00 AM 9 komen
Ditulis oleh Syikin pada 12/08/2006 03:21:00 PM 0 komen
Labels: inti kuih / pau, karipap
Cara-caranya:
1. tumbuk lumat kunyit dan cili api (nak cepat lumat, masukkan sedikit garam)
2. Satukan semua bahan2 di dalam periuk termasuk bahan tumbuk tadi dan jerang atas api.
3. Rasakan masinnya dan biarkan menggelegak. Nampak masak, boleh tutup api.
Nota:
- kena kacau sentiasa, kalau tidak akan pecah minyak dan kuah jadi berketul2.
-kalau warna kuah nampak pucat, bolehlah tambah sedikit serbuk kunyit
-kalau anda tidak mempunyai kunyit hidup, boleh juga menggunakan serbuk kunyit.
senangkan...
Ditulis oleh Syikin pada 12/07/2006 09:30:00 AM 0 komen
Labels: Masak lemak cili api
Salam
Bahan2nya:
180g all-purpose flour (tepung gandum)
195g superfine flour (tepung kek)
5 camca teh baking powder
1/2 camca teh garam
210g gula kastor
2 biji telur besar - dipukul ringan tak perlu sampai kembang
300ml susu
110g butter - dicair dan disejukkan
100g chocolate chips & digaulkan dengan 1/2 camca teh tepung gandum (utk elakkan ia tenggelam bila dimasukkan dlm adunan
Cara
-panaskan oven 200 darjah
-ayak dua2 tepung, baking powder dan garam di dalam satu bekas.
-kemudian masukkan gula ke dalam bekas tepung tersebut dan gaul sebati dengan menggunakan whisk (pemukul telur)
- dalam satu bekas yang lain, campurkan telur yg telah dipukul ringan, susu dan mentega cair. kacau sebati, tak perlu pukul.
- di dalam bekas tepung, lubangkan bahagian tengah bekas tersebut dan masukkan aduan cecair (telur dll tu) ke dalamnya. kacau rata hingga semua sebati. adunan ni mesti nampak "lumpy". jangan terlebih kacau.
-Masukkan adunan dalam bekas muffin
-kurangkan suhu oven pada 180 darjah dan masak pada suhu 25-30 darjah atau hingga ia naik dngn elok.
Nota:
- Suhu oven saya berbeza drp suhu oven di atas kerana jenis ketuhar tak sama.saya guna 180'C
- tempoh masakan muffin saya juga berbeza disebabkan ketuhar tersebut.Tray pertama hanya 20 minit dan tray seterusnya 17-15 minit.
Resepi ini drp fotopages MamaFami. Thanks mama sebab muffin ni mmg sedap.
Ditulis oleh Syikin pada 12/04/2006 04:55:00 PM 0 komen
Labels: Muffin
Ditulis oleh Syikin pada 12/04/2006 03:53:00 PM 2 komen
Labels: Cara membuat, Muffin
Salam,
Satu lagi resepi donut yang saya biasa gunakan, sila klik di bawah
http://masakansyikin.blogspot.com/2006/09/donut_22.html
Kalau anda nak dapatkan resepi asalnya, sila beli tepung superfine BLUE KEY yang utk pelbagai kek dan kuih muih tu. InsyaAllah, di dalam kotak tersebut ada diselitkan pelbagai resepi termasuklah donut, pau, kek n pasta. Tetapi, ada juga diselitkan hanya resepi kek kesemuanya tanpa ada resepi donut berkenaan. Ikut nasiblah. Ini pengalaman saya membelinya. Lagi satu, tepung BLUE KEY juga ada yang khas untuk buat pau. So, sebelum memilih, baca dulu tulisan pada kotak BLUE KEY ni,
Ditulis oleh Syikin pada 12/03/2006 10:51:00 AM 0 komen
Labels: donat
Assalamualaikum
Ni saya nak share resepi donut yang saya copy n paste daripada blog Mamafami kita (org kuat dapurlah Mama ni, rajin tul masak macam2 terutama kuih muih tu )
ok, ni resepinya.(Ni saya copy n paste drp Mamafami)
Ingredients :
(A)
3 cups flour
3 tablespoons milk powder
3 tablespoons shortening (I just used margarine)
3 tablespoons castor sugar
(B)
200ml lukewarm water
2 teaspoons instant dry yeast
20ml water ~ extra if needed
Method :
1. Mix well all the ingredients in B.
2. Pour into ingredients A and knead till smooth and shiny.
3. Roll to about 1/2 cm thick and cut with the donut cutter.
4. Leave to prove for about 1/2 hour.
5. Fry on medium heat till golden brown.
6. Coat with sugar.
Variations :
Suria made this donut with cheddar cheese filling. Just make the dough into small balls and place a piece of sliced cheddar cheese in the middle. With 1 cup of flour, she managed to get about 8 donuts. She'll cut a piece of sliced cheddar cheese into 4 parts for the fillings. When fried, coat with sugar.
Note Mamafami:
As for me, I made plain donuts and coat with castor sugar for hubby's breakfast and for the kids, I coat it with melted cooking choclate and sprinkle some hundred and thousands on top.
Nota saya:
- Saya dah mencubanya, alhamdulillah jadi.
Ditulis oleh Syikin pada 12/03/2006 10:41:00 AM 0 komen
Labels: donat
Ditulis oleh Syikin pada 12/02/2006 12:46:00 AM 0 komen
Labels: kek
udang tinggal cinonet sbb si kecik makan
Salam,
Ditulis oleh Syikin pada 11/30/2006 01:30:00 PM 2 komen
Labels: Sayur goreng
Assalamualaikum,
Saya nak kongsi cara membuat muffin yang diambil daripada blog Diana. Sila klik sini
Ditulis oleh Syikin pada 11/28/2006 12:45:00 AM 0 komen
Labels: Petua masakan...
salam...
Oklah, nak list down masakan2 yang telah saya share di blog lama;
http://masakansyikin.blogspot.com
1. Roti jala
2. Kobis goreng ala mamak
3. kuih kacang hijau
4. bubur durian
5. pengat labu
6. ikan masak taucu
7. labu kuning masak lemak cili api
8. kari ikan bawal
9. kacang panjang + udang masak lemak cili api
10. ikan keli goreng bercili
11. mee tomato
12. terung panjang masak lemak cili api
13. som som
14. singgang/ sup ikan kerisi
15. Ayam daun pandan
16. puding caramel
17. kuih cek mek molek
18. sos pencicah tauhu sumbat
19. pegedil daging
20. donut
21. puri
22. daun maman masak lemak cili api
23. lempeng pisang
24. roti jala (versi ii)
25. cendol
26. inti pau kacang merah
Ditulis oleh Syikin pada 11/28/2006 12:25:00 AM 1 komen
Labels: Masakan2 d blog lama
Salam,
Saya tak tau nak kategorikannya sebagai salad atau sos, cuma terfikir namanya Sos TIMUN BERCILI. Ia cukup mudah disediakan jika anda malas nak buat acar untuk makan dengan nasi2 special yang sedia ni mcm nasi briyani, nasi bukhari.
Bahan-bahan:
1/4 batang timun
2-3 biji lada hijau
2 biji limau kasturi
air masak secukupnya
garam secukupnya
Cara-caranya:
Timun dan lada hijau dipotong dadu atau ikut suka.Yang penting untuk mudah diblender. Sebaiknya biji lada hijau itu dibuang.
Masukkan bahan2 potong, perahan limau kasturi, air masak secukupnya dan garam ke dalam blender.
Blender hingga hancur semuanya.
Pindahkan ke dalam mangkuk dan rasalah masinnya sesedap tekak.
Tambahan:
- sukatan bahan2 di atas menghasilkan semangkuk kecil sos. Boleh tambah lagi sukatan jika anda hendak buat banyak.
-Jika anda suka pedas, boleh tambah jumlah lada. Jika anda suka masam lebih, boleh tambah kuantiti limau tersebut.
-Sukatan air tu, sebaiknya suku aje dlm blender sebab timun tersebut mengeluarkan air. Kecuali kalau bahan2 tu tak boleh kisar sebab air sedikit, boleh tambah lagi.
-Jika air terbanyak dan hasilnya sos nampak terlalu berair, anda boleh tapis. Kemudian, air sos yang bertapis tu bolehlah ditambah sedikit demi sedikit ke dalam sos tadi. ikut kepekatan yang anda suka.
p.s. gambar akan dimasukkan kemudian.
Ditulis oleh Syikin pada 11/27/2006 12:34:00 AM 0 komen
Labels: Sos
Assalamualaikum,
Resepi ni mudah saja, terutama untuk mereka yang baru belajar memasak.
Bahan2nya :
(untuk seorang /dua)
Setengah biji kobis saiz kecil- hiris nipis atau ikut suka anda
2-3 ulas bawang kecil - hiris nipis
1 ulas bawang putih -pecahkan/hiris nipis
1/2 atau 1 biji lada merah - hiris nipis
beberapa ekor udang sederhana besar (lagi banyak lagi bagus sebab udang fresh manis rasanya)
sedikit kiub ikan bilis (secubit dua bolehlah, tapi kalau suka boleh letak lebih. Boleh juga ganti dengan kiub ayam).
1 - 2 biji kentang - potong ikut suka, kalau nak cepat empuk potong dadu kecil
garam secukup rasa
air secukupnya - agak2 tenggelam sayuran ni
sos tiram sedikit - jika suka
Cara-cara
1. tumis serentak bahan hiris , kiub ikan bilis, dan udang. biarkan sehingga naik bau.
2. Masukkan potongan kentang dan air. Biarkan sampai kentang empuk.
3. Masukkan sedikit sos tiram (boleh juga semasa awal menumis tadi) dan hirisan kobis tadi. Masukkan garam secukupnya ikut selera tekak anda.
4. Biarkan seketika hingga menggelegak semula (terserah anda jika suka kobis tu layu atau sedang2 layu) dan tutup api.
Tambahan:
semua bahan2 di atas anda boleh lebihkan atau kurangkan mengikut selera anda.
Ditulis oleh Syikin pada 11/24/2006 09:59:00 AM 0 komen
Labels: Sup
Salam,
Saya nak share nasi goreng berkicap resepi mak mertua saya. Mudah saja, tapi sedap, insyaAllah. Cumanya, gambar tak de pula. Lain kali ya.
Bahan-bahannya (agak-agak saja sukatannya) :
Nasi putih
sedikit perencah nasi goreng Adabi (jika ada jenama lain terserah)
beberapa ulas bawang merah
beberapa ulas bawang putih
sedikit ikan bilis
sedikit cili api (jika suka pedas)
sedikit lada merah
kicap secukupnya (saya guna kicap lemak manis cap Kipas Udang)
garam (jika perlu)
minyak untuk menumis
Cara-cara:
Tumbuk bawang merah, putih, cili api dan lada merah (boleh tumbuk asing bawang dan cili ikut suka)
Tumbuk hancur/kasar (mana yang anda suka) ikan bilis
Panaskan minyak
Tumis bahan2 tumbuk hingga naik bau dan kekuningan
Masukkan perencah nasi goreng. Kacau rata
Masukkan nasi putih. Gaul mesra
Masukkan pula kicap dan gaul rata.
Jika kurang rasa, tambah kicap atau garam (ikut suka anda). Tutup api.
Tambahan:
-Oleh kerana nasi ni berkicap, makanya ia akan berwarna coklat tua atau kehitaman. Lagi banyak kicap, lagi gelap warna nasi goreng ni. Ikut kesukaan anda.
- saya gunakan sedikit kiub ikan bilis sebagai ganti perencah nasi goreng (tak de stok masa tu).Sedap juga.
-jika anda guna kicap masin, tak perlu letak garam
- jika anda ingin masukkan sebiji telur, terserah, tapi mak mertua saya tak letak sebab nak elakkan bau hamis telur tu. Ini style dialah. Tanpa telur pun dah sedap, insyaAllah
- Nasi ni mmg lebih sedap kalau pedas2 sikit, tapi untuk anak2 makan, sebaiknya jangan pedas, takut tak tahan pula mereka, kecuali yg tahan pedas tu
Ditulis oleh Syikin pada 11/24/2006 02:36:00 AM 0 komen
Labels: Nasi
Salam,
Jangan gelak kalau saya masukkan resepi mudah ni ya. Ni khas untuk mereka yang betul2 baru nak belajar memasak.
Bahan-bahannya (untuk seorang/dua) :
2-3 ekor ikan kembung -dibersihkan, dilumur dengan garam dan serbuk kunyit
2-3 biji bawang kecil - dihiris nipis
1-2 biji bawang putih - pecahkan/hiris nipis
1 hirisan nipis halia (boleh letak banyak hirisan kalau suka) - optional
kicap lemak manis (saya guna cap kipas udang) - atau mana2 perasa kicap yang anda suka
1 biji cili merah - hiris nipis
sedikit air
Cara-caranya:
1. Goreng ikan kembung, jangan garing, takut nanti jadi keras bila berkuah nanti. Agak2 dah masak saja. Angkat dan toskan.
2. Tumis serentak semua bahan hiris, biarkan seketika atau naik bau.
3. Masukkan kicap. Ikut suka sukatannya.
4. Masukkan sedikit air jika suka.
5. Biarkan seketika atau kuah nampak sedikit pekat
6. Akhir sekali masukkan ikan, kacau seketika biar kuah dan ikan2 tersebut mesra digaulkan. Kemudian tutup api.
Tambahan:
- Tak perlu menggunakan garam sebab kicap tu dah terasa garamnya. Ikut kesukaan anda
- kalau guna kicap masin, bolehlah tambah secubit dua gula jika suka.
- saya suka menambah sedikit air ke dalam kuah kicap tu untuk mencairkan sedikit kuahnya. kalau guna kicap semata, ia akan jadi terlalu pekat pada saya.
Ditulis oleh Syikin pada 11/24/2006 01:50:00 AM 1 komen
Labels: masak kicap
Salam,
saya dah cuba resepi ni. Amik kat blog kak Rossya. Memang sedap, wlwpun bahan yang saya guna tak cukup sbenarnya. Masa tu tak de hirisan daun dan serbuk roti..tapi still sedap. Cubalah.
1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan tepung beras
1 sudu makan tepung jagung
sedikit garam
serbuk lada putih
1 biji telur
hirisan daun parsley atau corriander
Air sejuk secukupnya
1/2 cawan serbuk roti (bread crumbs)
Bancuh semua bahan dan celupkan udang lalu digoreng garing.
Ditulis oleh Syikin pada 11/16/2006 07:16:00 PM 0 komen
Labels: Tepung salut
Salam,
Saya telah mencuba apam Harum Manis yang saya ambil resepinya drp fotopages kak Rossya (sila klik sini)
Bahan-bahannya:
300g gula melaka
350ml air
4 biji telur
200g gula pasir
1 sudu teh esen vanilla
bahan2 diayak bersama:
350g tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh bicarbonate of soda
1/4 sudu teh garam
50g mentega dicairkan
8-9 biji pisang raja/ berangan atau Del Monte
Cara-cara:
Masak gula melaka dengan air hingga larut. Tapis dan sejukkan.
Pukul telur, esen vanilla dan gula hingga naik.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dengan menggunakan spatula dan kacau rata.
Kemudian masukkan mentega cair serta sirap gula melaka dan kacau hingga sebati.
Sapukan acuan-acuan kecil dengan mentega.
Tuangkan sedikit adunan kedalam acuan.
Isikan separuh penuh sahja kedalam acuan.
Lalu letakkan hirisan pisang keatas adunan.
Kukus kesemua adunan itu selama 15-20 minit.
Sejukkan dahulu sebelum keluarkan dari acuan.
Nota:
-Pertama kali membuatnya, saya gunakan sukatan separuh daripada sukatan asal
-saya gunakan acuan kuih puteri ayu dan dapat lebih kurang 36 biji
-saya tak letakkan hirisan pisang (sila klik sini untuk melihat hasilnya apabila hirisan pisang diletakkan bersama seperti yang kak Rossya buat)
p.s. Gambar apam yang saya buat pula akan dimasukkan kemudian, belum dipindahkan lagi ke pc ni.
Ditulis oleh Syikin pada 11/15/2006 01:15:00 PM 0 komen
Labels: Apam
Bahan-bahannya:
1 ekor sotong kembang (besar atau kecil)
1 biji bawang besar - utk menumis
1 biji bawang besar – potong kasar atau nipis sbg hiasan
2-3 ulas bawang putih
1 senduk kecil cili boh
sedikit belacan (jika suka)
sedikit air asam jawa
garam secukup rasa
sedikit gula (jika suka)
sedikit air
minyak untuk menumis
Cara2:
-potong sotong tersebut ikut saiz kesukaan anda
-bawang besar + bawang putih – blender kering / tumbuk ( lumat atau kasar ikut suka)
-tumis bahan tumbuk/kisar hingga kekuningan & naik bau
-masukkan cili boh, biarkan hingga pecah minyak atau nampak betul masak
-masukkan sotong dan sedikit air. Kacau dan biarkan seketika
-masukkan sedikit air asam jawa. Biarkan seketika
-masukkan garam secukup rasa dan gula
-masukkan hirisan bawang besar. Kacau dan biarkan
-Tutup api bila bawang dah nampak layu.
Tambahan:
Bilangan bawang besar, bwg putih dan berapa senduk cili boh adalah bergantung pada banyaknya sotong tersebut sebenarnya.
Jika anda suka pedas, banyakkan cili boh tersebut
Jika anda nampak kuah sambal tu kering sangat boleh tambah sedikit air panas supaya ia berkuah semula. Ikut cita rasa anda.
Saya suka hirisan bawang besar dimasak hingga layu atau lembut untuk mengelakkan rasa maung.kuah sambal.
Ditulis oleh Syikin pada 11/14/2006 12:21:00 AM 1 komen
Labels: Sambal
Bahan-bahannya:
Paru – timbangan ikut suka anda
Serbuk kunyit*
Garam*
Serbuk ketumbar*
Lada sulah*
Sos tiram*
Bawang besar – ikut suka berapa biji
Cili besar atau cili kering - ikut suka berapa biji
Cara
Paru direbus sampai empuk atau kecut separuh daripada saiz asal
toskan dan biar sejuk
hiris nipis-nipis ikut suka
Gaulkan hirisan-hirisan paru tersebut dengan bahan2 bertanda *
Bawang besar dan cili besar / cili kering dihiris nipis atas kasar ikut kesukaan anda.
Gaulkan hirisan bawang besar , cili kering dan hirisan2 paru tersebut.
biarkan seketika supaya mesra bahan2 tersebut sebelum digoreng.
Goreng hingga masak ( terserah jika anda suka garing atau sebaliknya)
Tambahan:
Untuk bahan2 bertanda *, saya biasanya meletakkan sedikit pada tapak tangan saya kemudian gaul mesra, kalau rasa tak meratai semua hirisan paru tersebut, tambah lagi sedikit. Kiranya ini main agak2lah. Tapi, semasa menggaul bahan2 tersebut, saya buat satu persatu, seperti saya gaul dulu paru dngn garam, kemudian dengan serbuk ketumbar dan seterusnya. Ini terserahlah pada stail anda camner, yang penting semua bahan ni sekata pada hirisan2 paru tersebut.kalau anda suka salah satu bahan itu lebih rasanya, terserahlah pada anda.
Kalau anda suka hirisan bawang n cili itu dimasukkan kemudian semasa menggoreng (bila nampak paru hampir masak) pun tak mengapa. Ikut citarasa anda.
Sebelum paru ni digoreng, saya suka meletakkan ia di dalam peti ais seketika utk mengekalkan kesegaran dan mengelakkan berbau jika lambat digoreng.
Ditulis oleh Syikin pada 11/14/2006 12:18:00 AM 0 komen
Labels: Lauk bergoreng
Assalamualaikum,
Seperti yang dijanjikan, saya ingin berkongsi dengan anda resepi ikan tenggiri masak lemak cili api style mak saya. Oh ya, masak lemak cili api ni style negeri sembilan, tak de tumis2. Mudah disediakan.
Bahan2.
beberapa ketul ikan tenggiri
5-10 biji cili api
kunyit hidup
1 biji bawang kecil - hiris nipis
1 keping asam keping (gelugur) -
1 - 2 biji lada hijau dibelah dua
1 biji tomato - belah 2 atau 4 ikut suka
santan kelapa secukupnya (sebaiknya dpt menenggelamkan ikan2 tersebut)
garam secukupnya
Cara-caranya:
1. cili api + kunyit ditumbuk lumat. Nak cepat lumat, tambah sedikit garam.
2. Satukan semua bahan dalam periuk kecuali tomato dan garam
3. Jerang periuk atas api
4. Biarkan hingga ia menggelegak dan masukkan belahan tomato dan garam secukup rasa. Tapi kalau letakkan garam dulu pun tak pe sebelum tomato. Rasalah masin kuah tersebut ikut selera tekak anda
5. Pastikan ikan masak sebelum api ditutup dan tomato nampak lembut..tapi terserah pada kesukaan anda. Kalau tak suka tomato lembut, biarkan sekejap saja dalam periuk sebelum ditutup api tersebut.
Tambahan:
Ditulis oleh Syikin pada 11/13/2006 01:52:00 PM 2 komen
Labels: Masak lemak cili api
Ditulis oleh Syikin pada 11/13/2006 01:40:00 PM 0 komen
Labels: Puding
Ditulis oleh Syikin pada 11/13/2006 01:32:00 PM 0 komen
Labels: Sup
Ditulis oleh Syikin pada 11/13/2006 08:41:00 AM 2 komen
Labels: Anak-anakku