Friday, November 24, 2006

Nasi goreng berkicap

Salam,

Saya nak share nasi goreng berkicap resepi mak mertua saya. Mudah saja, tapi sedap, insyaAllah. Cumanya, gambar tak de pula. Lain kali ya.

Bahan-bahannya (agak-agak saja sukatannya) :

Nasi putih
sedikit perencah nasi goreng Adabi (jika ada jenama lain terserah)
beberapa ulas bawang merah
beberapa ulas bawang putih
sedikit ikan bilis
sedikit cili api (jika suka pedas)
sedikit lada merah
kicap secukupnya (saya guna kicap lemak manis cap Kipas Udang)
garam (jika perlu)
minyak untuk menumis

Cara-cara:

Tumbuk bawang merah, putih, cili api dan lada merah (boleh tumbuk asing bawang dan cili ikut suka)
Tumbuk hancur/kasar (mana yang anda suka) ikan bilis
Panaskan minyak
Tumis bahan2 tumbuk hingga naik bau dan kekuningan
Masukkan perencah nasi goreng. Kacau rata
Masukkan nasi putih. Gaul mesra
Masukkan pula kicap dan gaul rata.
Jika kurang rasa, tambah kicap atau garam (ikut suka anda). Tutup api.

Tambahan:

-Oleh kerana nasi ni berkicap, makanya ia akan berwarna coklat tua atau kehitaman. Lagi banyak kicap, lagi gelap warna nasi goreng ni. Ikut kesukaan anda.
- saya gunakan sedikit kiub ikan bilis sebagai ganti perencah nasi goreng (tak de stok masa tu).Sedap juga.
-jika anda guna kicap masin, tak perlu letak garam
- jika anda ingin masukkan sebiji telur, terserah, tapi mak mertua saya tak letak sebab nak elakkan bau hamis telur tu. Ini style dialah. Tanpa telur pun dah sedap, insyaAllah
- Nasi ni mmg lebih sedap kalau pedas2 sikit, tapi untuk anak2 makan, sebaiknya jangan pedas, takut tak tahan pula mereka, kecuali yg tahan pedas tu

No comments: