Thursday, December 14, 2006

Inti Pau: Seri kaya


Assalamualaikum,

Saya buat pau dengan menggunakan seri kaya ni sebagai intinya.

Bahan2nya:


3 biji telur Gred A

240 g gula pasir

300 ml santan pekat (1 biji kelapa)

2 helai daun pandan, dikoyak & disimpulkan


Untuk Gula Hangus


60 g gula pasir

125 ml air


Untuk gula hangus, jerang gula dan air hingga gula hancur.

Masak lagi hingga mendidih kemudian bertukar menjadi karamel (hangus dan keperangan gelap).

Jangan terlalu lama dibiarkan kerana ia akan menjadi pahit.

Gula hangus boleh menjadi 'lebih hangus' jika dibiarkan lama di dalam periuk/kuali bekas memasaknya kerana bekas tersebut masih panas.


Ada satu lagi cara membuat gula hangus:

Hanguskan gula di dalam periuk atau kuali,

masukkan air (panas) dan kacau hingga pekat.


Cara memasak inti

Kacau gula dan telur hingga sebati.

Masukkan daun pandan, santan dan gula hangus.

Jerang di atas api perlahan dan kacau tanpa henti hingga pekat dan berkilat.
Sumber resepi:
http://www.alaf21.com.my/buletin/N_masakan/N_masakan5.htm (kena scroll ke bawah untuk mendapatkan resepinya)

Nota saya:
- saya gunakan whisk (pemukul telur) sewaktu mengacau adunan ini
- api jangan terlalu besar
-warnanya nampak coklat kehitaman sebab menggunakan gula hangus
-kacau terlalu lama akan menyebabkan ia terlalu pekat seperti di atas, tapi tidak keras.
- Pengajaran utk saya, agak2 pekat, tutup api, biarkan sejuk. baru boleh tau pekatnya sedang elok atau terlalu pekat.
- Rasanya terlalu manis utk tekak saya, next time saya akan kurangkan sukatan gula, barangkali 200g gula sesuai untuk tekak saya.
-tempoh memasak: lebih kurang 1/2 jam, kalau kurang lagi waktunya, mungkin inti tu tak sepekat di atas.
Selamat mencuba
Lain tekak lain rasanya

3 comments:

IBU said...

memang la ibu tabik spring kat syikin ni. baru selang berapa hari tak baca blog, dah ada a few recipees... haritu ibu baru jer lepas tanya ayah, cam mana orang buat pau ek? hhmm...macam ada telepathy pulak!

p/s kalau nak tau pasal anak2, kena baca blog ceritaibu tu ler...

Anonymous said...

memang syikin cepat betul update blog..saya puny resepi blog pun dah bersarang..

nak tanya satu soalan.. syikin ada cakap ada letak resepi mee rebus.. saya tak jumpa la kat mana...ke saya termiss salah tengok?

Syikin said...

salam,

Allah ibu, takde apa2pun psl update blog ni..gambor2 nya dah amik lama, baru lately ni aje masukkan dlm pc..

hehe..telepati. tapikan kalau ibu nak cepat lagi, n best punya macam2 resepi, masuklah fotopages mamafami atau kak hanieliza atau kak rossya..ni yg selalu sangat updated..kat sana lagi banyak resepi.lagi best2 gambar depa..

SImah: bab mee rebus tu, saya tak pernah cuba, tp mee tomato pernahlah, cuba klik kat blog masakan lama saya, ada kat sidebar tu..masalahnya, tak de gambar pun..masa buat tu tak amik gambarnyapun, resepi aje yg saya tepek